Artikel Qur’an
:
15 Kebaikan Membaca dan Mengamalkan Al-Qur’an
أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji hanya
bagi Alloh, Tuhan sekalian alam. Sholawat serta salam bagi junjungan mulia Nabi
Muhammad Shollallohu ‘Alaihi Wasallam, keluarga serta para sahabat dan pengikut
yang istiqamah hingga hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Al-Quran
ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Shollallohu
‘Alaihi Wasallam. Al-Quran merupakan mukjizat dari Allah Subhana Wata’ala, Al-Quran
juga ibarat senjata yang paling ampuh yang melimpah ruah, mata air yang tidak
mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan dzikir.
Al-Quran
diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah Subhana
Wata’ala (tauhid). Konsep ibadah yang jelas dan menyeluruh agar manusia
sentiasa mendapat bekal yang baru dan segar. Mengajak manusia untuk berfikir
tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang digambarkan oleh yang Maha Agung
agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang mulia.
Di dalam Al-Quran
dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar yang terjadi
sebelum turunnya Al-Quran dan pada masa penurunan Al-Quran. Dengan itu manusia
mendapat pengajaran dan panduan dalam mengarungi kehidupan sebagai muslim yang
sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.
Terdapat 15
kebaikan-kebaikan al-Quran di dalam hadis-hadis sahih :
Pertama : Al-Quran akan menjadi syafa’at di hari akhirat.
Dari Abu
Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah Shollallohu ‘Alaihi Wasallam bersabda
:
“Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat
sebagai syafa’at kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)
Kedua : Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang
membacanya di hari akhirat.
Dari Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku
mendengar Rasulullah Shollallohu ‘Alaihi Wasallam bersabda :
“Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al-Quran dan orang yang
membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al-Baqarah dan
Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang
membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat Muslim)
Ketiga : Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan
mengajarkan al-Quran.
Dari Usman
Bin ‘Affan r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W Shollallohu ‘Alaihi Wasallam bersabda
:
“Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan
mengajarnya kepada orang lain”. (Hadist Riwayat Bukhari)
Keempat : Membaca Al-Qur’an dan susah menyebutnya mendapat dua
pahala.
Dari Aisyah
r.a. telah berkata : Bersabda Rasulullah Shollallohu ‘Alaihi Wasallam :
“Orang yang membaca Al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia
mendapat dua pahala”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kelima : Mukmin yang membaca al-Quran umpama buah yang harum dan
sedap rasanya.
Dari Abu
Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah Shollallohu ‘Alaihi Wasallam bersabda
:
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj24Vj2omwxQ1tW40qFFLT8Ap9MkTRVKqJ5N-McCrA6BXovdvWqq9vRD-bh11IZ8pSmxyE3CSyvyvpDdEhi7jPMhh65HgIzsV2XPByEYbfOLhmVgE7h6BenhTaroUgzm8ztHUjmZZRB8Vk/s200/quran-2.jpg)
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keenam : Allah SWT mengangkat martabat golongan yang membaca
al-Quran.
Dari Umar
Bin Al Khattab r.a. Bahwa Nabi Muhammad Shollallohu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
“Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan
merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim)
Ketujuh : Kefahaman yang sahih tentang al-Quran akan menjadi
contoh ikutan.
Dari Ibnu Umar
r.a. daripada Nabi Muhammad Shollallohu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda:
“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki
yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al-Quran, ia menunaikan ibadah
siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya
siang dan malam”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kelapan : Membaca Al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah)
Dari Barra’
dan dari ‘Azib r.a. telah berkata :
“Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda
yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin
hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi
berjumpa Nabi Muhammad Shollallohu ‘Alaihi Wasallam dan menceritakan peristiwa
tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun
disebabkan bacaan Al-Quran”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kesembilan : Siapa yang tidak mengingati ayat-ayat al-Quran umpama
rumah yang roboh.
Dari Ibnu
‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah Shollallohu
‘Alaihi Wasallam bersabda :
“Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun
daripada ayat Al-Qur’an seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan
beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)
Kesepuluh : Membaca dan Membaguskan bacaan Al-Quran akan mendapat
kebaikannya.
Dari Abdullah
Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad Shollallohu ‘Alaihi Wasallam bersabda :
“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al-Quran:
Bacalah, perbaikilah dan baguskanlah bacaan Al-Quran sebagaimana engkau membaguskan
urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang
engkau bacakan”.
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini
hasan sahih)
Kesebelas : Membaca beberapa ayat al-Quran lebih baik daripada
mendapat unta yang gemuk.
Dari ‘Uqbah
Bin ‘Amir r.a. menceritakan :
Rasulullah Shollallohu ‘Alaihi Wasallam keluar dan kami berada di
tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: “Siapakah di antara
kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau
‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia
tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab :
“Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah Shollallohu ‘Alaihi Wasallam : “Kenapakah
kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik
dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik
dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. (Hadis
Riwayat Muslim)
Kedua belas : Sesiapa yang lebih fasih memebaca al-Quran lebih
layak menjadi imam solat berjamaah.
Dari Ibnu
Mas’ud r.a bahwa Nabi Muhammad Shollallohu ‘Alaihi Wasallam bersabda :
“Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam Sholat ialah
mereka yang terfasih membaca Al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim )
Ketiga belas : Nabi Shollallohu ‘Alaihi Wasallam mengutamakan
sahabat yang paling kuat berpegang teguh kepada Al-Quran untuk dikebumikan
jenazahnya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjuv5iwsIYS4VnXoyKAEYOllL74vWx70ZSF5aa7lT3Lxbo7McE5RlqRPjiD8X5JCN_1YlSyF4ddueHdxLw8IMMcthXljTn2MB7AiQZf4GGBoKPteQe3AhgkHHK1aejVwzhuZh78w5UgaYI/s200/quran.png)
“Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang
teguh dengan Al-Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada
keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad”. (Hadis Riwayat
Bukhari, Tarmizi, Nasa’i dan Ibnu Majah)
Keempat belas : Kelebihan berdoa selepas membaca al-Quran.
Dari ‘Imran
Bin Husain Bahwa beliau di hadapan qari yang sedang membaca Al-Quran kemudian
dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku
mendengar Rasulullah Shollallohu ‘Alaihi Wasallam bersabda :
“Barangsiapa yang membaca Al-Quran maka berdoalah kepada Allah
dengan Al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca Al-Quran
dan mereka berdoa dengannya”. (Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis
ini hasan)
Kelima belas : Setiap satu huruf membaca Al-Quran akan mendapat
sepuluh ganjaran pahala.
Dari Ibnu
Mas’ud r.a. ia berkata :
“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al- Quran maka
baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak
bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu
huruf dan Mim satu huruf”.
(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan
sahih)
Sahabat yang dimuliakan Alloh,
Marilah kita
menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup kita , apabila kita sentiasa
menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup, kita tidak akan sesat dan
sentiasa mendapat petunjuk dari Allah Subhana Wata’ala. Al-Quran juga merupakan
senjata yang paling ampuh untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.
Dalam sebuah
hadist dari Ibnu Umar r.a berkata : “Rasulullah Shollallohu ‘Alaihi Wasallam telah
bersabda maksudnya :
"Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh
air". Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda
lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”
Sumber dengan
sedikit perubahan : https://ms-my.facebook.com/notes/indah-nya-ayat-ayat-al-quran/15-kebaikan-membaca-dan-mengamalkan-al-quran/295403023810045/
Disclaimer : File, dokumen, aplikasi, artikel, gambar maupun video yang tercantum dalam link blog ini dapat berasal dari
berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber
tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami.
Jazakumullohkhoir.